Pengangkutan Kargo Kereta Api China-Laos Meningkat 3.5 Kali Ganda Bulan Pertama
2023-02-06 13:38:39 CRI
Jumlah barangan import eksport melalui pengangkutan kereta api China-Laos yang dilepasi kastam Kunming meningkat 3.5 kali ganda pada bulan pertama tahun 2023 dengan mencatat 316,000 tan, iaitu satu pencapaian yang memberangsangkan pada peringkat permulaan tahun ini.
Menurut statistik yang tercatat dalam tempoh operasi perkhidmatan pengangkutan kereta api China-Laos hingga 31 Januari lalu, jumlah keseluruhan hantaran barangan import eksport melalui landasan tersebut mencapai 2,520,500 tan.