Penayangan Video Promosi Gala Cap Goh Mei di Seberang Laut

2023-02-06 17:30:04  CRI
Share with:

Video promosi Gala Cap Goh Mei arahan Kumpulan Media China (CMG) telah ditayangkan di seberang laut dan turut menarik perhatian dari penonton asing, orang Cina dan perantau China.

Contohnya, video tersebut ditayangkan secara berulang melalui 7 keping skrin di kawasan perniagaan pusat (CBD) dan 142 keping skrin di sejumlah taman kediaman di bandar Nairobi, Kenya sepanjang hari  4 Februari lalu, yang dilihat menambah unsur meriah kepada suasana tempatan.

Video tersebut juga ditayangkan di bandar Iguacu, destinasi pelancongan terkenal di Brazil. Selain karnival sempena hari Cap Goh Mei dan persembahan kesenian, Kedutaan Besar China di Brazil dan kerajaan tempatan Iguacu bersama-sama menganjurkan perarakan kapal yang dihiasi lampu dan tanglung.

Sementara itu, pesta tanglung hari Cap Goh Mei tahun Arnab sebagai sebahagian "Kembara Kebudayaan Tahun Baru Cina" anjuran bersama Kedutaan Besar China di Argentina dan kerajaan tempatan telah diadakan di Mardel Plata, Argentina, dan turut menyaksikan penglibatan seramai hampir sepulu ribu penduduk tempatan dan pelancong asing.