Pasukan Penyelamat China Dihantar ke Turkiye

2023-02-07 15:08:29  CRI
Share with:

Pasukan Penyelamat Ram, iaitu tenaga penyelamat sosial pertama dari China telah mengerahkan sebuah pasukan pencari dan penyelamat dari Hangzhou pada pagi tadi dan berkejar ke kawasan yang mengalami bencana paling serius di Turkiye.

Pasukan yang dijangka tiba di negara itu pada esok itu terdiri daripada lapan pakar penyelamat gempa bumi yang berpengalaman dan mereka turut dilengkapi alat pencari nyawa dengan radar yang canggih, peralatan menyelamat dan anjing pengesan.

Selain itu, perantau China dan keturunan Cina di Turkiye juga mengumpulkan sumbangan berkaitan bencana merangkumi khemah, beg tidur dan selimut kepada badan-badan berkenaan hari ini.

Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter telah melanda provinsi Kahramanmaras Turkiye semalam dan gempa susulan telah berlaku di kawasan-kawasan sekitarnya.

Untuk rekod, terdapat sekurang-kurangnya 10 provinsi di sekitar Kahramanmaras mengalami gempa yang serius dan setakat ini telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 2,379 orang maut, dan jumlah kematian serta kecederaan dijangka akan terus meningkat.

Kerja menyelamat sedang dijalankan pada masa ini dan kerajaan Turkiye telah melaksanakan rancangan kecemasan gred empat serta membuka laluan bantuan antarabangsa.