Kejayaan Tercapai dalam Lawatan Pengerusi UNGA ke China

2023-02-07 11:33:29  CRI
Share with:

Pengerusi Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Ke-77, Korosi Csaba yang melawat China pada 1 hingga 4 Februari merupakan pegawai kanan pertama dalam kerangka Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang melawat Beijing pada tahun ini. China sentiasa menyokong amalan multilateralisme dan peranan utama yang dimainkan PBB serta UNGA.  

Dalam sidang media semalam, jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning menyifatkan lawatan terbabit dengan tiga kata kunci, iaitu perpaduan, pembangunan dan cabaran.

"Kedua-dua pihak kami bersepakat menjunjung tinggi multilateralisme, menjaga kewibawaan PBB, memelihara tata tertib antarabangsa yang berteraskan PBB, melindungi norma asas hubungan antarabangsa yang berasaskan undang-undang antarabangsa. Sementara itu, hubungan antarabangsa perlu kekal dibawa ke arah yang demokratik, dan hak bersuara negara membangun dalam hal ehwal antarabangsa perlu diperhebat. Kedua-dua pihak kami juga setuju hendaklah menumpu kepada pembangunan dalam agenda global, menjayakan mesyuarat peringkat kanan PBB tentang pembangunan lestari, menyokong negara membangun meningkatkan kemampuan pembangunan, mengelak sebarang negara dan individu ketinggalan dalam kemaraan ke arah pembangunan bersama. China bersedia memperkasakan penyelarasan dalam pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI)  dengan Agenda Pembangunan Lestari 2030, di samping mempergiatkan lebih banyak projek yang ketara dan substantif," kata beliau.