Jatuh Ditimpa Tangga Ekoran Sekatan AS

2023-02-09 16:01:20  CRI
Share with:

Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda kawasan tenggara Turkiye yang berhampiran kawasan sempadan dengan Syria sebanyak dua kali pada 6 Februari lalu. Menurut data terkini daripada Kementerian Kesihatan Syria, bencana itu sudah mengakibatkan kematian 1,250 orang dan 2,054 lagi cedera di kawasan kawalan kerajaan Syria.  

Menurut Kementerian Luar Syria, ekoran sekatan kem Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) selama ini, pasukan penyelamat di dalam negerinya yang kekurangan peralatan terpaksa menghabiskan masa lebih banyak sekali ganda sepanjang pelaksanaan penugasan. Emma Beals, penyelidik Middle East Institute yang terletak di Washington menyatakan bahawa penghantaran barangan bantuan ke Syria melalui jalan yang sudah musnah teruk terpaksa ditangguh-tangguhkan. Petugas Bulan Sabit Merah Syria, Khaled Hboubati dalam sidang media menyatakan bahawa bahan api untuk kegunaan konvoi yang bertugas menyelamat cepat habis ekoran sekatan.

Mendepani keadaan begitu cemas, Bulan Sabit Merah Syria dan American-Arab Anti-Discrimination Committee(ADC)masing-masing menyeru kem Barat yang diketuai AS membatalkan sekatan sepihak terhadap Syria. Namun, jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price menyatakan bahawa negaranya menolak perhubungan dengan kerajaan Syria, dan bantuan hanya boleh disalurkan melalui “rakan kemanusiaan tempatan”.

Pada beberapa hari lalu, banyak negara dan kawasan termasuk China masing-masing menyampaikan rasa simpati dan menghulurkan bantuan kepada Turkiye dan Syria. Tetapi, AS menunjukkan reaksi yang amat mengecewakan, walaupun tidak menghairankan.

Sejak perang saudara Syria meletus pada tahun 2011, AS sering melakukan campur tangan melalui tindakan ketenteraannya, dan mengenakan sekatan ekonomi yang biadab, bahkan menduduki lubuk minyak utama Syria dengan merebut lebih 80% penghasilannya di samping menyeludup dan membakar simpanan bijirin negara itu. Semua lakuan bandit tersebut telah mengheret rakyat Syria terperangkap dalam kancah kesengsaraan.

Serentak itu, sekatan terhadap Syria yang dijalankan kem Barat yang diketuai AS selama ini telah membuat Syria menghadapi krisis sosioekonomi yang semakin kritikal. Ada pakar yang menganggap bahawa AS justeru pencetus krisis kemanusiaan Syria.

Para politikus AS yang sentiasa menyebut “hak asasi” dan “kemanusiaan” digesa segera membatalkan sekatan sepihak terhadap Syria supaya jalan untuk penghantaran bantuan kemanusiaan ke negara itu dapat dilicinkan dan dimudahkan.