AS Diseru Segera Batalkan Sekatan Sepihak terhadap Syria

2023-02-09 14:40:57  CRI
Share with:

Syria bertahun-tahun mengalami kesengsaraan perang dan pergolakan masyarakat, dan dilanda lagi gempa bumi yang dahsyat pada masa sekarang. Dalam konteks ini, AS sepatutnya mengetepikan amalan geopolitik, dan segera membatalkan sekatan sepihak terhadap Syria untuk melicinkan laluan bantuan kemanusiaan. Juruckap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian dalam sidang media semalam.

Selepas gempa bumi yang dahsyat melanda Turkiye dan Syria baru -baru ini, Jawatankuasa Menentang Diskriminasi Perkauman Arab-Amerika Syarikat (AS) menyeru AS segera membatalkan sekatan terhadap Syria demi memudahkan pembekalan bantuan kepada negara itu. Namun, pihak AS menyatakan tidak akan melakukan perhubungan secara langsung dengan kerajaan Syria. 

Sehubungan hal ini, Mao Ning menyatakan bahawa memandangkan Syria menghadapi krisis kemanusiaan serius, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah masing-masing menyeru agar menghulurkan bantuan kecemasan kepada mangsa Syria untuk mengelakkan situasi kemanusiaan tempatan daripada memburuk terus.

Menurut Mao, kehadiran AS dalam krisis Syria sejak sekian lama khasnya campur tangan ketenteraannya dan sekatan ekonomi yang biadab, mengakibatkan kematian dan kecederaan penduduk awam dalam bilangan besar di Syria dan menyebabkan hidup harian rakyat tempatan kurang terjamin. Setakat ini, AS masih menduduki lubuk minyak utama di Syria dan merebut lebih 80% penghasilannya, di samping bertindak menyeludup dan membakar simpanan bijirin Syria. Kesemua lakuan tersebut telah memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Syria.