Persidangan Air PBB 2023 Bakal Dirasmikan

2023-02-09 13:17:02  CRI
Share with:

Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2023 akan membuka tirainya di New York, ibu pejabat PBB pada 22-24 Mac nanti.

Menurut maklumat dari sesi taklimat anjuran bersama institusi PBB, Kedutaan Besar Belanda dan Kedutaan Besar Tajikistan di China pada Rabu, ini merupakan persidangan khas PBB melibatkan isu air yang peringkatnya paling tinggi dan pengaruhnya paling luas dalam temoph 50 tahun ini.

Persidangan yang dihoskan bersama Tajikistan dan Belanda itu akan merangkumi majlis perasmian dan penutupan, enam sidang pleno dan lima dialog interaktif.

China dan Kesatuan Eropah akan menganjurkan bersama dialog interaktif yang bertemakan “Air dan Pembangunan Mampan”.

Dalam perkembangan lain, Agenda Tindakan Air yang dilancarkan pihak penganjur akan dijadikan satu hasil utama yang tercapai persidangan kali ini.

Agenda itu bertujuan menggerakkan semua sektor dan negara memupuk aspirasi politik dan mempergiatkan tindakan proaktif yang  diperlukan bagi menangani cabaran sumber air dalam senario global.