Guterres: Elakkan Tindakan Menyelamat di Syria Terjejas Ekoran Sekatan

2023-02-10 14:09:14  CRI
Share with:

Hendaklah mengelakkan kerja menyelamat di kawasan bencana gempa bumi Syria daripada terjejas ekoran sekatan dalam apa pun bentuknya. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menekankan demikian semalam.

Ketika menjawab soalan media berkenaan, Guterres menyatakan bahawa pihak-pihak terlibat semestinya sedar akan bantuan kepada rakyat Syria tidak boleh terjejas ekoran halangan dari sekatan apa pun bentuknya. Beliau menyeru pasukan penyelamat antarabangsa menjalankan kerja menyelamat dengan sedaya upaya di baik Turkiye mahupun Syria.

Guterres ketika menyampaikan ucapan kepada media pada hari yang sama menyatakan bahawa gempa bumi yang tercetus di Turkiye dan Syria antara bencana alam yang paling dahsyat pada zaman ini. PBB sudah melancarkan tindakan penyelamatan cemas dan berjanji meningkatkan usaha berkenaan. Selain itu, tabung pusat kecemasan PBB sudah memperuntukkan USD25 juta (RM108 juta) untuk menyokong tindakan kemanusiaan di Turkiye dan Syria.