Tawaran dan Permintaan Pasaran Pekerjaan Semakin Meningkat

2023-02-10 16:36:16  CRI
Share with:

Selepas cuti Tahun Baharu China, syarikat-syarikat di serata tempat di China menggunakan pesawat sewa khas, kereta api khas, dan bas khas untuk membantu dalam menyegerakan pekerja pulang ke tempat kerja masing-masing.

Pada masa sama, pameran pekerjaan turut diadakan di pelbagai tempat, secara tidak langsung menghidupkan suasana penawaran dan permintaan pasaran yang semakin meningkat.

Keghairahan untuk kembali bekerja yang dilihat di seluruh China sekali gus menyuntik tenaga ke dalam pemulihan ekonomi.