Kru Kapal Angkasa Shenzhou-15 Jayakan EVA Pertama

2023-02-10 15:14:10  CRI
Share with:

Fei Junlong,  Deng Qingming dan Zhang Lu, tiga angkasawan yang menaiki kapal angkasa Shenzhou-15 berjaya menyelesaikan kesemua tugas aktiviti luar kenderaan (EVA) selama 7 jam pada pukul 0.16 Jumaat.

Menurut Jabatan Kejuruteraan Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSEO), dalam tempoh EVA terbabit, tiga angkasawan tersebut telah menyelesaikan sejumlah tugas seperti  pemasangan unit pam tambahan di luar modul Mengtian. Ini merupakan EVA pertama  setelah Stesen Angkasa Lepas China selesai dibina secara menyeluruh, dan juga EVA pertama bagi ketiga-tiga angkasawan tersebut. Menurut rancangan yang sudah ditetapkan, mereka akan terus melaksanakan sebahagian lagi EVA pada masa kelak.

Sementara  itu, yang berada dalam pelaksanaan sekarang ini juga termasuk tugas pemasangan kelengkapan bagi penghantaran kargo ke luar atau ke dalam Stesen.