Singapura Tuan Rumah Kejohanan Renang Dunia 2025

2023-02-10 15:05:29  CRI
Share with:

Menurut pengumuman Persatuan Renang Sedunia, Singapura terpilih sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Renang Dunia 2025, dan jadual berkenaan akan digubal selanjutnya.

Kejohanan edisi 2025 yang terdiri daripada enam kategori utama termasuk renang, terjun air, renang berirama, renang di perairan terbuka dan terjun air dari platform tinggi tersebut dijangka akan menyaksikan penglibatan lebih 2,500 orang atlet.

Pengerusi Persatuan Renang Singapura (SSA) menyatakan bahawa sebagai satu negara pulau yang pernah banyak kali menganjurkan kejohanan renang mengikut kategori, Singapura berbangga dengan tradisi miliknya dalam bidang sukan akuatik, dan dengan ghairahnya menanti-nantikan kedatangan perenang terbaik dari seluruh dunia pada masa kelak, yang juga dilihat boleh memberi inspirasi kepada lebih banyak orang muda.