CPI China pada Januari Naik 2.1%

2023-02-10 11:50:38  CRI
Share with:

Indeks Harga Pengguna (CPI) seluruh negara China pada bulan Januari 2023 menokok 2.1% berbanding tempoh yang sama tahun 2022.

Antaranya, harga makanan dan harga bukan makanan masing-masing meningkat 6.2% dan 1.2%.

Menurut maklumat dari ahli statistik kanan Biro Statistik Kebangsaan China, Dong Lijuan, peningkatan ini berikutan unsur-unsur seperti sambutan Tahun Baharu Cina dan penguatkuasaan dasar terkini melibatkan kawalan wabak di negara ini.

Pada masa yang sama, Indeks Harga Pengeluar (PPI) di China menguncup sebanyak 0.8% berbanding tempoh sama tahun 2022 ekoran pergolakan harga minyak mentah antarabangsa dan penurunan harga arang batu domestik.