AS Digesa Sahut Tiga Persoalan terhadap “Insiden Nord Stream”

2023-02-11 16:06:08  CRI
Share with:

Wartawan terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Seymour Hersh menyatakan bahawa kerajaan Joe Biden yang merancang dan memusnahkan paip saluran Nord Stream yang berfungsi membekalkan gas asli dari Rusia ke Kesatuan Eropah (EU). Memandangkan reputasi Hersh sebagai warga akhbar yang berkaliber dalam negara AS dan banyak perincian yang terdedah dalam liputannya, ramai penganalisis menganggap liputannya bukan khabar angin. Bagaimanapun sejumlah jabatan di Washington menafikan laporan terbabit dan menyifatkan maklumat yang didedahkan Hersh sebagai "rekaan belaka". Sementara itu, media arus perdana di Barat yang sentiasa "sensitif" terhadap berita besar, segera membisu bersama-sama yang dilihat sememangnya luar biasa.

Empat bulan yang lalu, "Nord Steam-1" dan "Nord Steam-2", dua paip saluran Rusia yang berfungsi membekalkan gas asli ke Jerman, dikesan bocor pada empat tapak di perairan berhampiran Sweden dan Denmark, setelah letupan bawah air dikesan di sekitar tapak kebocoran dekat Sweden. Dalam konteks konflik Rusia dengan Ukraine semakin meruncing dan harga sumber tenaga global melambung, insiden tersebut ditafsirkan sebagai "sabotaj yang bermotif". Dimaklumkan, memusnahkan paip saluran sumber tenaga adalah tugas yang tidak mungkin diselesaikan tanpa persetujuan dan pendalangan suatu kuasa besar, maka insiden berkenaan berkemungkinan merupakan "keganasan peringkat negara".

Nord Steam adalah projek pelaburan bersama yang dipergiatkan oleh Rusia dengan negara-negara EU. Setelah insiden itu berlaku, kedua-dua pihak turut bersuara akan melaksanakan penyiasatan secara menyeluruh.

Namun yang mencurigakan, tiada langkah selanjutnya diambil, dan AS serta EU juga merubah sikap mereka dengan ketara. Seruan Rusia untuk menjalankan siasatan bersama ditolak mentah-mentah oleh negara-negara Barat.

Menurut media Jerman, seawal Februari 2022 yakni beberapa minggu sebelum tercetusnya konflik Rusia-Ukraine, Biden telah memberi amaran bahawa pihaknya akan melenyapkan Nord Steam-2 sekiranya Rusia melancarkan peperangan terhadap Ukraine. Setelah paip saluran terbabit diletupkan pada September tahun lalu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menyifatkan insiden itu "peluang yang amat besar" yang kondusif bagi EU "membebaskan diri daripada belenggu kebergantungan terhadap Rusia dalam bidang sumber tenaga", manakala bekas Menteri Luar Poland, Sikorski meninggalkan "terima kasih kepada AS" melalui hantarannya dalam media sosial yang turut mengejutkan masyarakat antarabangsa.

Kini, Washington sudah mengaut laba geopolitik dalam jumlah raksasa dari konflik berbabit, sedangkan syarikat tenaga di dalam negerinya pula memperoleh keuntungan yang melimpah dari benua Eropah.

AS yang selalu menguar-uarkan "norma asas yang berdasarkan peraturan" digesa bersikap sali menyahut persoalan dari masyarakat antarabangsa, dan bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam melakukan siasatan berkenaan. Indisen itu tidak patut dijadikan seperti apa yang diceritakan dalam filem "Rashomon", dan apa yang dituntut dunia sekarang ini adalah keadilan dan realiti yang benar .