Goldman Sachs: Ekonomi China Pulih Cepat Rangsangan Pertumbuhan Ekonomi Dunia

2023-02-12 14:29:25  CRI
Share with:

Kumpulan Goldman Sachs mengeluarkan satu laporan pada Jumaat lalu yang meramalkan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi China akan mencatat 6.5% bagi keempat-empat suku secara puratanya sepanjang tahun 2023, dan menganggap ekonomi China yang pulih cepat akan menjadi rangsangan bagi pertumbuhan ekonomi sejagat.

Laporan itu menyatakan bahawa ekonomi China akan membawa impak positif yang terus terhadap pertumbuhan ekonomi dunia melalui tiga saluran utama, iaitu permintaan domestik, perkhidmatan pelancongan outbound dan komoditi pukal. Permintaan domestik China pada tahun ini dijangka akan meningkat pada kadar 5% dan turut menyumbang 0.4 mata peratusan kepada pertumbuhan ekonomi pelbagai entiti di rantau Asia-Pasifik. Seiring dengan permintaan China makin pulih dalam bidang perkhidmatan luar terutamanya pelancongan outbound, negara-negara destinasi yang terbabit akan mendapat pernafasan baharu. Selain itu, pemulihan ekonomi China yang cepat juga dianggap akan merangsang permintaan terhadap komoditi pukal serta peningkatan harganya dalam senario global.  

Menurut laporan itu, yang terkesan dalam pertumbuhan ekonomi China akan bertambah lebih banyak berikutan syarat kewangan sejagat yang kian hari kian diperbaiki dan pertambahan perdagangan antarabangsa.