Simpanan Sumber Pendidikan Terbesar Sedunia Terbentuk di China

2023-02-12 16:45:40  CRI
Share with:

Dimaklumkan dari Kementerian Pendidikan China pada Khamis lalu, simpanan sumber pendidikan yang terbesar dalam lingkungan sedunia terbentuk di negara ini, dengan melibatkan sebanyak 44 ribu sumber yang tersedia di wahana pendidikan pintar untuk sekolah rendah dan menengah,  1,173 simpanan sumber pendidikan vokasional yang berorientasikan pendidikan pintar di peringkat provinsi dan negara,  dan 27 ribu kursus dan eksperimen yang tersedia melalui wahana pengajian tinggi yang berorientasikan pendidikan pintar di peringkat kebangsaan.

Kementerian Pendidikan China juga memperkenalkan pencapaiannya dalam pembangunan digital untuk sektor pendidikan pada tempoh setahun lalu. Naib Pengarah Jabatan Teknologi dan Informasi Kementerian tersebut, Shu Hua berkata, Wahana Perkhidmatan Awam Pendidikan Pintar Kebangsaan beroperasi secara rasmi pada 28 Mac 2022, dan penggunanya dikesan dari lebih 200 buah negara dan kawasan setakat ini.

Kementerian Pendidikan China dilaporkan lagi akan memanfaatkan Persidangan Pendidikan Digital Sedunia yang bakal diadakan pada 13 dan 14 Februari untuk mendorong inovasi pendidikan digital dan mengharumkan jenama China di arena antarabangsa.