Seorang Maut Kes Tembakan di Buffalo

2023-02-13 13:20:32  CRI
Share with:

Satu kes tembakan berlaku di bandar Buffalo, negeri New York, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad waktu tempatan, mengakibatkan seorang maut dan dua lagi cedera.

Menurut polis tempatan, kes tersebut berlaku di sebuah kelab pada kira-kira jam 2.30 awal pagi Ahad. Seorang lelaki berusia 21 tahun maut di tempat kejadian, manakala dua mangsa cedera telah dihantar ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil.

Polis memberitahu bahawa tembakan itu berpunca daripada pertengkaran dan kes itu masih dalam siasatan.

Dilaporkan kes itu ialah insiden tembakan kedua yang berlaku di kelab itu dalam tempoh dua minggu lalu.