Presiden Mexico Seru AS Batalkan Sekatan terhadap Cuba

2023-02-13 14:08:28  CRI
Share with:

Presiden Mexico, Andrés Manuel López Obrador sekali lagi menyeru Amerika Syarikat (AS) membatalkan sekatan yang tidak adil dan tidak berperikemansusiaan terhadap Cuba.

Seruan itu dibuat oleh beliau ketika ditemui rakan sejawatnya dari Cuba, Miguel Díaz-Canel di San Francisco de Campeche, Mexico pada Sabtu.

Sebelum ini, López berulang kali menyeru pembatalan sekatan AS terhadap Cuba, menyuarakan pemberian sokongan terhadap rakyat negara itu.

Sejak AS mengenakan sekatan ekonomi, komersial dan kewangan terhadap Cuba pada tahun 1962, negara itu mengalami kerugian ekonomi dan bencana kemanusiaan yang teruk, dan dibantah keras oleh masyarakat antarabangsa.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi berkaitan buat kali ke-30 pada November lalu, menggesa AS menarik balik sekatannya ke atas Cuba.