Semester Baharu Sekolah Disambung Semula di Beijing

2023-02-13 14:05:01  CRI
Share with:

Semester baharu sekolah rendah dan menengah disambung semula di Beijing hari ini.

Selepas China menyesuaikan dasar kawalan COVID-19 dari kelas A ke kelas B, murid-murid tidak diwajibkan untuk menjalani ujian suhu badan dan saringan COVID-19 sebelum masuk ke sekolah.

Pada masa sama, pihak sekolah juga telah membuat persiapan rapi seperti menyambung semula latihan jasmani, membuka kursus yang menarik demi memupuk semangat saintifik, inovatif dan daya pragmatik golongan pelajar.