Ekonomi Singapura Naik 3.6% pada 2022

2023-02-13 13:00:54  CRI
Share with:

Ekonomi Singapura merekodkan pertumbuhan sebanyak 3.6% pada tahun 2022, namun ia akan menjadi lebih perlahan pada tahun ini, dengan kadar pertumbuhan sebanyhak 0.5% hingga 2.5%.

Demikian dinyatakan oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Singapura dalam laporan tinjauan ekonomi bagi suku keempat dan sepanjang tahun 2022 yang dikeluarkan hari ini.

Menurut laporan tersebut, kepulangan pelancong antarabangsa dalam jumlah besar telah menyumbang kepada pemulihan industri perkhidmatan katering yang naik sebanyak 19.6% pada suku keempat.

Selain itu, pengangkutan udara menyaksikan momentum pertumbuhan kuat apabila pelancongan antarabangsa terus pulih, dengan sektor pengangkutan dan pergudangan masing-masing meningkat 2.5%.