China Bakal Bina Zon Demonstrasi Inovasi Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan China-Filipina
Dewan Negara China meluluskan pelan induk tentang pembinaan Zon Demonstrasi Inovasi Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan China-Filipina mutakhir ini.
Pelan Induk tersebut merangkumi 16 aspek, termasuk membina taman pelaburan perdagangan yang saling melengkapi dari segi sumber, membentuk platform perdagangan perkhidmatan inovatif, dan meneroka mod kerjasama perindustrian yang berteraskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains dan teknologi.
Menurut petugas Kementerian Perdagangan China, pihaknya akan menyokong provinsi Fujian melaksanakan pelan induk tersebut, di samping menyempurnakan polisi sokongan yang berkaitan untuk memperkasakan pembinaan zon demonstrasi itu secara teratur.