AS, Negara Pengawas dan Pengintip Terbesar

2023-02-14 15:23:55  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai rangkaian pengintip berskala paling besar merupakan negara pengawas dan pengintip terbesar di dunia.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian ketika memberikan respons tentang belon udara tanpa pemandu awam China yang salah masuk ruang udara AS, dalam sidang taklimat pada Isnin.

Menurutnya, peristiwa ini adalah disebabkan faktor yang tidak boleh dielakkan dan di luar jangkaan. AS menembak jatuh belon itu adalah tindakan menyalahgunakan kekerasan dan reaksi melampau. Pihak China membantah keras tindakan AS tersebut.

Wang mengulas bahawa AS kerap kali menghantar pesawat menjalankan kegiatan pengintipan dekat wilayah China. Pada tahun lalu, sebanyak 657 kali pengintipan dikesan China. Antaranya pada Januari lalu sahaja, pesawat AS telah menjalankan 64 kali pengintipan di Laut China Selatan. Tindakan AS tersebut menjejaskan dengan serius keselamatan negara China serta kedamaian dan kestabilan di rantau ini.

Beliau berkata, belon AS memasuki ruang udara negara lain secara haram sudah menjadi perkara biasa. Hanya pada tahun lalu sahaja, belon udara tinggi AS sebanyak lebih 10 kali melalui ruang udara China tanpa kebenaran pihak berkuasa China. Apa yang patut dilakukan terlebih dahulu oleh AS ialah muhasabah diri tetapi bukan memfitnah dan mencemarkan nama negara atau menghasut konfrontasi.