Guntingan Kertas Bercorak “Seratus Arnab Sambut TBC”

2023-02-14 21:29:58  CRI
Share with:

Aktiviti penghasilan guntingan kertas yang bercorak “seratus arnab sambut Tahun Baharu Cina” telah diadakan di kaunti autonomi Luocheng yang berpenduduk etnik Mulao, bandar Hechi, wilayah Guangxi. Luo Huaqing, pewaris ‘Teknik Gunting Kertas Etnik Mulao di Luocheng’, bersama sejumlah penggunting kertas wanita dari etnik Mulao yang mendapat tunjuk ajarnya, telah menghasilkan lebih 300 buah karya yang bercorak “arnab” yang turut dihadiahkan kepada lebih 130 isi rumah tempatan.


“Teknik Gunting Kertas Etnik Mulao” di Luocheng merupakan  warisan budaya tidak ketara yang tersenarai untuk kumpulan ke-7 di peringkat wilayah Guangxi pada 2018.