Sekurang-kurangnya 12 Terbunuh Kes Tembakan di AS

2023-02-14 12:09:39  CRI
Share with:

Kes-kes tembakan yang berlaku di beberapa tempat di Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu lalu mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh.

Antaranya, sebanyak 22 orang menjadi mangsa kes tembakan di Chicago dan 4 daripadanya maut. Manakala kes tembakan di Philadelphia meragut 5 nyawa, dan 5 lagi cedera.

Sementara itu, sebanyak tiga kes tembakan teruk berlaku di New York dalam tempoh 15 jam pada Sabtu, mengakibatkan dua mati dan 12 lagi cedera.

Di Baltimore dan New Castle pula, masing-masing terdapat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun cedera ditembak, dan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun terbunuh.