Dokumen No.1 2023 Fokuskan Pembangunan Luar Bandar

2023-02-14 14:29:55  CRI
Share with:

China mengedarkan "dokumen No.1 pusat" tahun 2023 pada Isnin, mengetengahkan kerja untuk memperkasakan pembangunan kawasan luar bandar secara komprehensif pada tahun ini.

Ini kali ke-20 dokumen No.1 pusat memfokuskan pertanian, kawasan luar bandar, dan petani.

Dokumen yang bertajuk "Pendapat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara mengenai Kerja Utama dalam Memperkasakan Pembangunan Kawasan Luar Bandar secara Komprehensif 2023" merangkumi sembilan aspek.

Dokumen itu menyebut bahawa tugas yang paling sukar dan berat dalam misi membina China sebagai negara sosialis moden secara menyeluruh masih berada di kawasan luar bandar.

Kini, perubahan besar yang tidak pernah berlaku dalam seratus tahun masih berkembang dengan pesat, manakala pembangunan China juga berdepan peluang serta risiko dan cabaran wujud bersama, sementara faktor yang tidak menentu dan tidak dapat diramalkan semakin banyak.

Menurut dokumen tersebut, mengukuhkan asas pertanian, kawasan luar bandar dan petani merupakan misi utama yang tidak boleh gagal.

Dokumen itu menegaskan bahawa pertanian, kawasan luar bandar, dan petani harus diletakkan sebagai keutamaan kerja Parti demi memperkasakan pembangunan kawasan luar bandar secara menyeluruh, dan mempercepat pemodenan pertanian dan kawasan luar bandar.