Kes Tembakan di Universiti Negeri Michigan, 8 Mahasiswa Menjadi Mangsa

2023-02-15 13:11:02  CRI
Share with:

Insiden tembakan berlaku di Universiti Negeri Michigan pada Selasa, menyebabkan tiga mahasiswa maut dan lima lagi cedera.

Menurut pegawai universiti itu, sesi pembelajaran akan digantung sementara waktu hingga pagi 20 Februari.

Seorang pegawai dari sebuah hospital di bandar Lansing, Michigan memberitahu bahawa lima mahasiswa yang cedera itu masih dalam keadaan kritikal.

 

Menurut polis Universiti Negeri Michigan, suspek terlibat ialah Anthony Dwayne McRae, 43. Polis menemui sebilah senjata di tempat kejadian, namun motifnya masih belum diketahui.