Ekonomi Dunia Memerlukan China: Menteri UAE

2023-02-15 13:08:51  CRI
Share with:

China bukan sahaja penting bagi Emiriah Arab Bersatu (UAE), malah juga amat signifikan bagi seluruh dunia.

Demikian ujar Menteri Tenaga UAE, Suhail al-Mazrouei ketika diwawancara oleh Kumpulan Media China (CMG) sempena menghadiri Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia di Dubai pada Selasa.

Menurutnya, China merupakan salah satu destinasi eksport tenaga terbesar UAE dan pihaknya amat mengutamakan permintaan China.

Suhail berkata, pihaknya akan sedaya upaya membantu China memperoleh kuota tenaga yang stabil, di samping menjamin keselamatan bekalan tenaga China.

Ini adalah sebab pembangunan ekonomi dunia memerlukan China, manakala ekonomi UAE juga banyak bergantung kepada China. China ialah negara yang amat penting bagi UAE.