Insiden Kereta Api Tergelincir Bongkar Keadaan Hak Asasi Sebenar di AS
Insiden kereta api tergelincir dan mengakibatkan kebakaran berlaku di Amerika Syarikat (AS) pada 3 Februari lalu. Menurut media tempatan, 10 gerabak daripada 50 gerabak yang tergelincir itu membawa bahan kimia beracun. Antaranya 5 gerabak yang membawa polietilena termampat menghadapi risiko meletup.
Pihak berkuasa kecemasan tempatan pada 6 Februari memutuskan untuk menjalankan “pelepasan yang terkawal” terhadap gas beracun, iaitu meletup polietilena di sebuah terowong, di samping memindahkan penduduk di kawasan sekitar ke tempat lebih selamat.
Tiga hari kemudian, badan kerajaan berkaitan memaklumkan kepada penduduk agar boleh pulang ke rumah masing-masing kerana insiden tersebut tidak mengakibatkan pencemaran.
Walau bagaimanapun, bermula 13 Februari, terdapat sejumlah besar gambar tentang insiden tersebut tular dalam media sosial. Gambar-gambar tersebut menunjukkan kebakaran, asap hitam berkepul-kepul ke udara, dan awan cendawan gergasi naik dari tanah. Ini membolehkan orang awam mengetahui betapa serius insiden kali ini.
Pada masa ini, sebahagian penduduk yang pulang ke rumah kediaman telah menunjukkan simptom yang berbeza-beza. Sementara itu, haiwan di sekitar tempat insiden pula menunjukkan simptom keracunan seperti terbatuk-batuk, cirit-birit, berair mata dan tiada selera makan.
Orang awam paling hendak tahu adalah apa tahap impak negative insiden tersebut terhadap persekitaran? Dan apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan dan syarikat kereta api untuk menanganinya. Namun sehingga sekarang, kesemua tindakan dan respons mereka amat mengecewakan.
Menurut statistik yang diumumkan Syarikat Norfolk Southern yang memiliki kereta api kemalangan tersebut, bahan kimia beracun yang dibawa oleh kereta api itu bukan sahaja polietilena, tetapi juga termasuk etilena glikol monobutil eter, isooctyl acrylate dan isobutilena.
Namun pihak berkuasa berkaitan masih belum mengumumkan jumlah pelepasan bahan kimia beracun sehingga kini. Menurut pakar, polietilena mungkin menghasilkan dioksin jika terbakar tidak penuh. Dioksin ialah bahan karsinogen yang lebih teruk berbanding polietilena dan boleh wujud lama di bawah tanah. Menurut pakar bahan berbahaya negeri Ohio, Sil Cagiano, insiden kali ini bersamaan dengan “memusnahkan sebuah pekan dengan menggunakan bahan kimia”.
Pada 5 hingga 20 tahun kemudian, sejumlah besar penduduk di kawasan itu akan menghidap penyakit kanser.
Selain itu, laporan media AS tentang insiden kali ini agak aneh. Setelah kemalangan itu berlaku, media hanya membuat laporan biasa dan mengumumkan bahawa pakar-pakar sedang berusaha menjalankan siasatan. Dalam sidang taklimat yang diadakan di Ohio pada 8 Februari lalu, seorang wartawan yang sedang membuat siaran langsung ditahan oleh polis dengan alasan siaran langsungnya mengganggu sidang taklimat gabenor. Ketika nyawa, kesihatan dan keselamatan persekitaran hidup rakyat AS menghadapi ancaman besar, mengapa hak mereka untuk mengetahui fakta asas tidak dapat dipenuhi?
Pada 13 Februari lalu, Setiausaha Komunikasi AS, Pete Buttigieg ketika menyertai satu aktiviti, menggembar-gemburkan pembinaan projek prasarana yang sedang dijalankan, dan membisu tentang insiden kereta api tersebut,
Tak hairanlah tokoh-tokoh di negara itu pula mengejek, “negara masih boleh beroperasi di bawah pemerintah sebegini, memanglah satu keajaiban”.