Xi Jinping Cakna Khazanah Budaya - Episod 1: Dari Mana China Bermula

2023-02-15 16:36:20  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping berkunjung ke tapak Yin Ruins di bandar Anyang, provinsi Henan di tengah China pada Oktober lalu, tinjauan pertama dilakukan beliau selepas Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC).

Selain menekankan peri pentingnya kerja arkeologi, beliau berkata penyelidikan untuk menyusur-galur tamadun China perlu terus dipergiat.

Arkeologi bukan sahaja merungkai soalan falsafah seperti ‘Dari mana saya datang’ dan ‘Ke mana saya pergi’, tetapi juga menjawab ‘Dari Mana China Bermula’.