Pegawai Ohio Akui Bahan Cemar Beracun Masuk Sungai

2023-02-16 16:25:51  CRI
Share with:

Negeri Ohio Amerika Syarikat (AS) mengadakan sidang taklimat tentang insiden kereta api tergelincir pada Selasa lalu waktu tempatan. Pegawai badan perlindungan alam sekitar mengakui bahawa sebahagian bahan cemar beracun telah memasuki Sungai Ohio setelah insiden itu berlaku.

Gabenor negeri itu, Mike Dewine mendakwa pencemaran itu tidak akan menjejaskan keselamatan air minum bagi 5 juta penduduk di sekitar kawasan berkaitan, namun beliau turut mengingatkan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan insiden hanya minum air botol pada masa sekarang.

Dewine berkata, beliau dimaklumkan bahawa hanya sebahagian gerabak yang tergelincir itu membawa bahan berbahaya, maka kereta api itu tidak diklasifikasikan sebagai “kereta api pembawa bahan berbahaya tinggi”.

Beliau menganggap keputusan itu sebagai “tidak masuk akal” dan menyeru Kongres mengadakan penyiasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.