Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Asia Tengah yang lebih Erat: Xi

2023-02-16 12:30:43  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Forum Kerjasama Perindustrian dan Pelaburan China dan Lima Negara Asia Tengah menerusi perutusan pada Rabu.

Xi menyatakan, sejak penjalinan hubungan diplomatik China dengan lima negara Asia Tengah selama lebih 30 tahun, perkongsian strategik turut dibina, sekali gus menempuh satu jalan persahabatan dan berjiran baik yang sama menang. Hubungan antara China dengan lima negara Asia Tengah itu menjadi teladan baharu bagi hubungan antarabangsa.

Menurut Xi, peningkatan kerjasama perindustrian dan pelaburan antara China dengan lima negara Asia Tengah akan memberikan manfaat kepada pemeliharaan kestabilan rantaian perindustrian dan rantaian bekalan serantau, meningkatkan tahap pembangunan perindustrian negara-negara serantau dan keterlibatan mereka dalam ekonomi global, agar mendorong pembangunan dan kemakmuran bersama.

Beliau menyatakan bahawa China bersedia berkongsi pasaran gergasi dengan negara-negara berkaitan, menyempurnakan sistem perindustrian dan teknologi canggih, dan meningkatkan kerjasama pragmatik demi situasi saling menguntungkan dan sama menang.

Beliau menegaskan bahawa China bersedia berganding tangan dengan lima negara Asia Tengah itu untuk menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi ekonomi serantau, dan membina komuniti berkongsi nasib China-Asia Tengah yang lebih erat.