China Ambil Tindakan Balas terhadap Entiti AS

2023-02-16 13:15:08  CRI
Share with:

China akan mengambil tindakan balas yang sewajarnya terhadap entiti Amerika Syarikat (AS) yang menjejaskan kedaulatan dan keselamatan China mengikut undang-undang.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media pada Rabu.

“Belon udara tanpa pemandu awam China secara silap memasuki ruang udara AS. Inilah insiden yang tidak disengajakan yang disebabkan oleh force majeure," tegas Wang Wenbin.

Beliau berkata, China telah berulang kali membuat penjelaskan kepada AS. Walau bagaimanapun, pihak AS menyalahgunakan kekerasan, beraksi melampau, dan meruncingkan situasi, malah menggunakan insiden ini sebagai alasan untuk mengenakan sekatan haram ke atas syarikat dan organisati China.

"China dengan tegas menentang tindakan AS dan akan mengambil tindakan balas sewajarnya terhadap entiti AS yang menjejaskan kedaulatan dan keselamatan China demi menjaga kedaulatan negara serta hak dan kepentingan yang sah negara ini." ujar beliau.