Wajah Baharu Padang Penggembalaan di Xinjiang

2023-02-16 11:23:36  CRI
Share with:

Kawasan Pegunungan Balluk di kaunti Yumin, wilayah Xinjiang merupakan salah satu pangkalan penggembalaan yang penting di peringkat kebangsaan. Pada hujung Oktober hingga akhir Mac setiap tahun, penggembala yang berbilangan besar berpindah ke sini untuk penggembalaan musim sejuk. Kebelakangan ini, pihak berkuasa kaunti Yumin telah menambah peruntukan kewangan terhadap pembangunan padang penggembalaan Balluk yang merangkumi pembinaan pos rehat & rawat, penaiktarafan gudang penyimpanan makanan ternakan untuk kegunaan kecemasan, penambahbaikan infrastruktur perumahan, pengangkutan, telekomunikasi dan perubatan, sehingga dapat memastikan perkhidmatan awam di padang penggembalaan itu terjamin.