China Rancang Lancar Dua Kapal Angkasa Bermanusia Setiap Tahun

2023-02-16 14:36:32  CRI
Share with:

Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA) mengumumkan rancangan untuk melancarkan dua kapal angkasa bermanusia serta satu hingga dua kapal angkasa kargo setiap tahun.

Menurut rancangan, kapal angkasa kargo Tianzhou-6 dan kapal angkasa Shenzhou-16 akan dilancarkan pada Mei, diikuti pelancaran Shenzhou-17 yang dijadual pada Oktober.

Ketika misi penerbangan dua kapal angkasa itu, angkasawan akan menjalankan tugas seperti aktiviti luar kenderaan (EVA), eksperimen saintifik dan ujian teknik, pendidikan sains dan lain-lain lagi.