Xi Jinping Cakna Khazanah Budaya - Episod 3: Bawa Pulang Relik Budaya

2023-02-16 13:26:09  CRI
Share with:

Tinggalan sejarah dan warisan budaya, yang disebatikan dalam jiwa bangsa Cina, perlu dikekal agar tidak luput ditelan zaman.

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang berteraskan Xi Jinping, sangat mementingkan kerja membawa pulang relik budaya yang hilang. Sejak Kongres Kebangsaan ke-18 PKC pada 2012, China meningkatkan usahanya dalam hal ini.

Menerusi mekanisme kerjasama yang diwujudkan antara China dengan 24 negara, lebih daripada 1,800 peninggalan budaya berjaya pulang ke tanah air.