Wartawan Dialu-alukan Buat Liputan Sidang Tahunan NPC dan CPPCC

2023-02-17 16:23:12  CRI
Share with:

Sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan ke-14 China (NPC) dan sidang pertama Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) akan dirasmikan di Beijing masing-masing pada 5 dan 4 Mac. Wartawan dari dalam dan luar negara dialu-alukan membuat liputan kedua-dua sidang tersebut.

Wawancara akan diadakan dalam pelbagai cara termasuk wawancara di tempat persidangan, wawancara video secara dalam talian dan wawancara bertulis.