AS Digesa Hentikan Sekatan Sepihak

2023-02-17 14:25:08  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa menaati Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa, menarik balik sekatan sepihak haramnya, berhenti menjejaskan usaha negara lain untuk menggunakan sumber, membangnunkan ekonomi dan menambah baik kesejahteraan hidup rakyat, serta menghormati hak nyawa, kesihatan dan pembangunan rakyat di negara lain.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar pada Khamis.

Menurut beliau, AS mengenakan sekatan sepihak secara sesuka hati terhadap beberapa negara termasuk Iran tanpa asas undang-undang antarabangsa atau mandat Majlis Keselamatan (PBB) dalam jangka masa panjang, di samping mencampuri hal ehwal domestik negara lain, mencabuli hak asasi mansusia dan mencetuskan bencana kemanusiaan.

Baru-baru ini, pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB dalam kenyataan menerusi portal rasminya menyatakan, sekatan sepihak AS ke atas Iran telah menyebabkan pesakit Alphathalassaemia di Iran gagal memperoleh ubat-ubatan dari negara lain, mengakibatkan komplikasi malah kehilangan nyawa. Jika dipandang dari segi undang-undang, kesahihan sekatan sepihak AS ke atas Iran dan negara lain amat dipersoalkan.

Mengulas laporan tersebut, Wang menyatakan bahawa AS mengenakan sekatan sepihak ke atas Iran sejak tahun 1979, dan menyebakan negara itu gagal mengimport ubat-ubatan, vaksin atau kelengkapan perubatan yang berkaitan dalam tempoh penularan wabak COVID-19. Menurut perkiraan Instituti Brookings, sekatan AS ke atas Iran mungkin mengakibatkan 13 ribu kematian dalam tempoh kemuncak penularan COVID-19.