Perdagangan Melalui Penstriman di Pasar Borong Bunga-bungaan Dounan

2023-02-17 09:37:31  CRI
Share with:

Bi Qianqian, penanam bunga dan juga hos penstriman untuk penjualan bunga sudah biasa dengan kerjanya yang sibuk di Pasar Borong Bunga-bungaan Dounan di bandar Kunming, iaitu yang paling besar di Asia. Namun, berbeza dengan hos penstriman yang hanya menjual dalam ruangan siber, Bi memilih mengambil sebahagian masa menunjukkan dan menerangkan keadaan kebun hortikultur dan pasar bunga-bungaan kepada kumpulan peminatnya, di samping merancakkan perbualan tentang pengetahuan serta cerita berkaitan bunga-bungaan.