AS Dinasihat Jangan Salah Guna Kekerasan

2023-02-18 15:25:09  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) dinasihat agar jangan menyalahgunakan kekerasan atau bereaksi berlebihan, dan mengelakkan bermain manipulasi politik atau mencemarkan nama China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang media di Beijing pada Jumaat.

Menurut laporan, Setiausaha Penerangan White House mendakwa bahawa pengumuman sekatan China ke atas syarikat pertahanan AS adalah bertujuan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat awam daripada ‘insiden belon’.

Mengulas laporan itu, Wang Wenbin menyatakan, bila sebut “mengalihkan tumpuan”, China ingin tanya kepada AS, mengapa negara itu dapat melihat belon yang terbang setinggi 18,000 meter di udara, namun tidak melihat awan cendawan beracun di negeri Ohio? Mengapa AS mendakwa akan menjalankan penyiasatan terhadap insiden letupan paip saluran Nord Stream, namun membisu selepas pembongkaran laporan siasatan wartawan AS?

Wang menambah, AS juga wajib memberikan penjelasan apakah sebenar ketiga-tiga objek yang ditembak jatuh dari udara. Sekiranya AS tidak menganggap kehadiran objek-objek itu di ruang udara sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab, maka apa alasannya untuk menghitamkan nama China?