Insiden Belon, Pertunjukan Politik AS

2023-02-19 15:44:02  CRI
Share with:

Pemimpin Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menyatakan, tiada bukti yang menunjukkan ketiga-tiga objek yang ditembak jatuh olehnya ada kaitan dengan China. Negara itu akan terus berhubungan dengan China dan tidak mengejar untuk mencetuskan perang dingin baharu. Namun menurut beliau lagi, AS tidak akan meminta maaf kerana menembak jatuh “belon udara” China.

Di samping mencari alasan untuk dirinya, AS terus bersikap keras terhadap China. Kenyataan yang bertentangan itu kurang keikhlasan, bukanlah penyelesaian yang betul.

China berkali-kali menegaskan bahawa kemasukan belon udara kegunaan awam yang tidak disengajakan ke ruang udara AS disebabkan force majeure, sementara beberapa pegawai AS juga menyatakan belon China itu tidak membawa ancaman kepada keselamatan individu dan negara AS. Bagaimanapun, dalam kecelaruan politik antara parti yang semakin meningkat, insiden itu dirumitkan dan dijadikan satu pertunjukan politik.

Menurut Konvensyen Chicago mengenai penerbangan awam antarabangsa, dan undang-undang domestik AS, walaupun belon udara tanpa pemandu kegunaan awam tidak mempunyai hak kekebalan di peringkat negara, namun harta individu masih tidak boleh dicabuli.

Dari segi praktis antarabangsa pula, pesawat udara kegunaan awam yang salah masuk ke ruang udara sesebuah negara biasanya akan diberi amaran, diusir keluar, diiringi meningggalkan, atau diminta membuat pendaratan cemas. Insiden seumpama patut diselesaikan melalui saluran diplomatik secara damai. 

Menurut kenyataan pihak berkuasa China, sejak Mei tahun lalu, AS melepaskan banyak belon udara beraltitud tinggi mengelilingi bumi, dan sekurang-kurangnya 10 daripada belon itu melintasi ruang udara China secara haram. Mengapa AS membisu tentang perkara itu, tetapi bereaksi berlebihan tentang belon China yang tidak disengajakan ke ruang udara AS? Ini amalan dwistandard AS yang tipikal.

Bagi mereka yang ingin menggunakan insiden itu untuk mengugut China dan mencari keuntungan, mereka pasti akan kecewa. Sikap China adalah jelas, kemunculan masalah antara China dengan AS adalah normal, namun sama ada keikhlasan dan keupayaan untuk menyelesaikan masalah itu adalah penting. Jika AS ingin menamatkan pertunjukkan politik itu, pihaknya dinasihat menunjukkan keikhlasan dahulu.