Xi Ucap Tahniah kepada Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika

2023-02-19 14:44:13  CRI
Share with:

 Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika (AU) ke-36 menerusi perutusan pada Sabtu.

Xi menyatakan bahawa hubungan China-Afrika mengekalkan trend perkembangan yang baik pada tahun 2022. Kerjasama antara China dengan Afrika berkembang menuju ke arah menyeluruh, berbilang peringkat dan berkualiti tinggi, dan berada di barisan hadapan kerjasama antarabangsa dengan Afrika.

Beliau komited bekerjasama dengan pemimpin negara-negara Afrika demi mengukuhkan kerjasama muhibah antara China dengan Afrika, meningkatkan koordinasi dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau, serta menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Afrika yang bertahap tinggi.