AS: Tiada Rancangan Tamat Bantuan kepada Ukraine

2023-02-20 11:52:56  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) tiada rancangan untuk menamatkan bantuan kepada Ukraine pada masa ini.

Demikian menurut Penyelaras Komunikasi Strategik Majlis Keselamatan Negara (NSC) AS, John Kirby dalam temu bual bersama wartawan pada Ahad.

Kirby juga memetik kenyataan Presiden Joe Biden bahawa AS akan terus menghulurkan sokongan selagi Ukraine memerlukannya.

Sejak tercetusnya konflik antara Rusia dan Ukraine pada awal 2022, AS dilaporkan sudah memberi bantuan bernilai lebih AS$113 bilion kepada Ukraine.