Amalan Hegemoni AS Terpampang Jelas
Ahad lalu, aktivis antiperang Amerika Syarikat (AS) mengadakan protes di Washington untuk menuntut negara itu menghentikan bekalan sokongan ketenteraan kepada Ukraine, sambil menggesa pembubaran Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Bagaimanapun, sehari kemudian, Presiden Joe Biden melakukan lawatan mengejut ke Kyiv dan mengumumkan akan menawarkan bantuan tambahan bernilai AS$500 juta (RM2.21 bilion) kepada Ukraine, termasuk peralatan senjata.
Jelasnya bahawa AS adalah kuasa di belakang tabir yang menyebabkan konflik Rusia-Ukraine terus meruncing dalam tempoh setahun lalu.
Tindakan mengapi-apikan krisis Ukraine suatu yang membayangkan amalan hegemoni dilakukan AS di serata dunia bertahun-tahun lamanya.
Pada Isnin, China menyiarkan laporan 'Hegemoni AS dan Bahayanya' yang mendedahkan pelbagai amalan hegemoni negara itu dalam bidang politik, ketenteraan, ekonomi, teknologi dan kebudayaan, serta bahayanya kepada kedamaian dan kesejahteraan rakyat sedunia.
Ambil hegemoni politik sebagai contoh, negara Uncle Sam itu sentiasa melakukan paksaan politik dan campur tangan ketenteraan, atau pun mengenakan penindasan ekonomi, malah menggulingkan pemerintahan negara di rantau Amerika Latin dan Caribbean.
Cubaan AS untuk mencorakkan semula negara lain serta order antarabangsa atas nama demokrasi dan hak asasi hanyalah membawa kepada situasi kacau-bilau dan malapetaka.
Di samping itu, kelakuan AS memanipulasikan dasar monetari telah mengakibatkan pergolakan pasaran kewangan antarabangsa dan penyusutan drastik banyak jenis mata wang termasuk euro mutakhir ini.
Susulan itu, banyak negara mengalami inflasi yang teruk, susutan nilai mata wang dan aliran keluar modal.
Dalam bidang teknologi dan budaya pula, AS juga bertindak dengan sewenang-wenangnya. Negara itu berniat membentuk 'lingkaran kecil' seperti 'perikatan cip' dan 'siber bersih', dan asyik mereka-reka maklumat palsu untuk menyerang negara lain dan memanipulasi media untuk melakukan demagogi.
Pendek kata, demi kedudukan hegemoni sendiri, AS sentiasa mengorbankan keselamatan dan kebajikan serta menghalang pembangunan negara lain.