Menteri Luar China, Singapura Temu di Beijing
2023-02-21 12:29:41 CRI
Menteri Luar China, Qin Gang bertemu dengan rakan
sejawatnya dari Singapura, Vivian Balakrishnan di Beijing pada
Isnin.
Qin berkata, China amat mementingkan hubungan dengan Singapura serta peranan unik dimainkan negara itu dalam urusan serantau dan antarabangsa.
Beliau turut meluahkan kesediaan untuk bersama Balakrishnan melaksanakan sepenuhnya konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, sekali gus membawa kemajuan baharu dalam hubungan bilateral.