China Prihatin Ketegangan Hubungan Palestin-Israel

2023-02-21 13:39:07  CRI
Share with:

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun pada Isnin menyatakan perhatiannya terhadap ketegangan terkini hubungan antara Palestin dan Israel.

 

Beliau berkata, situasi keganasan di tebing barat semakin meruncing, serta tindakan pemburuan polis dan tentera, aktiviti keganasan penempat, konflik dan serangan yang berlarutan telah mengakibatkan banyak korban dan cedera termasuk kanak-kanak.

 

Zhang berkata demikian dalam ucapannya semasa sidang terbuka Majlis Kesalamatan PBB (UNSC) mengenai isu Palestin.

 

“Situasi negatif tersebut bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi UNSC, bertentangan dengan seruan berulang semua pihak untuk meredakan ketegangan, dan bertentangan dengan usaha masyarakat antarabangsa untuk memelihara Penyelesaian Dua Negara.

 

“Kenyataan Pengerusi UNSC yang baharu diluluskan merupakan langkah penting dalam menguruskan krisis semasa, dan juga mencerminkan keazaman dan kehendak sebilangan besar anggota untuk memelihara dan melaksanakan Penyelesaian Dua Negara.

 

“UNSC mesti bersedia untuk mengambil tindakan penting dan memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh Piagam PBB,” ujar beliau.

 

Menurut Zhang, Badan Bantuan dan Pekerjaan PBB untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) melalui perkhidmatan yang ditawarkannya termasuk memberikan pendidikan, perawatan, bantuan sosial untuk memastikan kehidupan asas pelarian Palestin.

 

Tambahnya, China juga menyeru Israel agar menghentikan tindakan pemusnahan rumah dan sekolah pelarian, sekatan dan pengepungan terhadap kawasan Gaza, serta tindakan yang menyukarkan kerja UNRWA.

 

“Tahun 2024 merupakan ulang tahun ke-75 tertubuhnya UNRWA, dan usaha UNRWA selama lebih 70 tahun sekali gus bermakna isu Palestin tidak dapat diselesaikan dalam lebih 70 tahun.

 

“Menghadapi ketidakadilan dan kesengsaraan yang tidak berhenti, masyarakat antarabangsa diharap membuat pertimbangan secara mendalam dan membetulkan tindakan segara untuk mendorong penyelesaian isu Palestin dengan menyeluruh, adil dan muktamad,” ujar Zhang.