AS Janji Tawar Bantuan AS$500 Juta kepada Ukraine

2023-02-21 12:45:16  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) berjanji akan menawarkan sokongan ketenteraan bernilai kira-kira AS$500 juta (RM2.21 bilion) kepada Ukraine.

Janji itu dibuat Presiden Joe Biden apabila bertemu dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky di Kyiv pada lsnin.

Dilaporkan, sokongan berkenaan membabitkan penghantaran peralatan kritikal termasuk roket HIMARS, sistem antiperisai, radar pengawasan udara dan sebagainya.

Reuters memetik sumber sebagai berkata, kedua-dua pihak turut berbincang tentang bekalan senjata jarak jauh serta peralatan senjata yang belum pernah disediakan sebelum ini kepada Ukraine.