Gunung Hijau dan Air Jernih, Rumah Saya - Dahulu “Jual Batu”, Kini “Jual Pemandangan”

2023-02-21 13:01:06  CRI
Share with:

Apakah prospek urusniaga inap desa (B&B--Bed & Breakfast) anda sekiranya ia dikelilingi oleh perlombongan kecil, kilang simen dan kimia di sebuah kampung yang tercemar dengan teruk?

Itu adalah realiti yang berlaku di kampung Yucun, provinsi Zhejiang, bahagian timur China.

Bagaimanapun, setelah berjaya melakukan transformasi daripada “menjual batu” ke “menjual pemandangan”, kampung itu menerima 900 ribu pengembara  pada 2021,  dengan pendapatan per kapita mencapai RMB61,000 (RM39,340).