UNSC Komited Selesai Pertikaian Palestin-Israel

2023-02-21 13:35:41  CRI
Share with:

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) komited menyelesaikan pertikaian antara Palestin dengan Israel, supaya kedua-dua negara dapat hidup bersama secara aman mengikut persempadanan yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.

UNSC menyuarakan kebimbangan terhadap rancangan Israel mengenai peluasan petempatan Yahudi, semasa mesyuarat ke-9263 dilangsungkan bagi membincangkan isu Palestin dan situasi Asia Barat.

UNSC turut mengkritik tindakan Israel berkenaan akan menimbulkan risiko terhadap pelaksanaan 'penyelesaian dua negara' berdasarkan perjanjian 1967.

Agensi itu menggesa negara terbabit memenuhi kewajipan antarabangsa dan komitmen dibuat masing-masing, selain membantah sekeras-kerasnya segala tindakan unilateral yang menghalang perdamaian.