Pengubahsuaian Stesen Kereta Api Beijing Siap

2023-02-21 13:09:19  CRI
Share with:

Penumpang kelihatan memasuki dewan pusat Stesen Kereta Api Beijing pada 17 Februari lalu.

Stesen Kereta Api Beijing yang siap dibina pada 1959, disenaraikan dalam 10 bangunan yang paling hebat di Beijing setelah Republik Rakyat China (PRC) ditubuhkan.

Pada 2022, pengubahsuaian dan penaiktarafan dijalankan terhadap stesen itu. Selain mengekalkan rupa asalnya di luar, pihak pengurusan juga meluaskan ruang menunggu, meningkatkan taraf perkhidmatan dan menyediakan suasana yang lebih selesa kepada penumpang.