Filipina Anggotai RCEP Secara Rasmi
2023-02-22 11:56:54 CRI
Filipina menganggotai perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) secara rasmi pada Selasa.
Menurut laporan media tempatan, perjanjian berkenaan dibahaskan dan diluluskan di Senat Filipina dengan 20 undi menyokong, satu undi menentang dan satu lagi berkecuali.
RCEP ditandatangani oleh sepuluh negara anggota ASEAN serta China, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand pada November 2020.
Perjanjian itu dikuatkuasakan secara rasmi pada 1 Januari 2022 selepas prosedur pengesahan selesai di pelbagai negara secara berturut-turut.