Perlunya Siasat Punca Kebocoran Nord Stream: Duta China

2023-02-22 13:21:13  CRI
Share with:

Duta China Zhang Jun menegaskan perlunya siasatan dilakukan untuk mengetahui punca sebenar berlakunya insiden kebocoran saluran paip gas Nord Stream serta pihak yang bertanggungjawab ke atas kemusnahan fasiliti itu.

Sebagai Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), beliau berkata saluran paip itu merupakan antara infrastruktur transnasional dan jaringan pengangkutan tenaga yang terpenting.

Kesan besar turut dirasai dalam pasaran tenaga global serta persekitaran ekologi akibat kerosakan teruk kemudahan itu pada September lalu.

“Baru-baru ini, banyak butiran dan maklumat mengenai kemusnahan Nord Stream didedahkan kepada umum.

“Keadaan berkenaan cukup mengejutkan, dan pihak terbabit mesti tampil beri respons. Jangan biarkan pensabotaj berbuat begitu dengan sewenang-wenangnya,” kata beliau ketika berucap pada taklimat Majlis Keselamatan PBB berhubung isu Nord Stream di New York, Selasa.